Sunday, October 11, 2009

Gift from Avon



pada 01 oktober 2009, jam 9.55pm, aku telah menerima satu panggilan dari butik kosmetik kesayanganku, Avon. (bukan panggilan hangus ek!)

perkara pertama yang terlintas dalam otak aku waktu melihat nama Avon tertera di depan skrin telefon bimbitku ialah 'AVON? nape lak dorang kol malam-malam ni?'. yela, time tu semua orang nak tutup kedai, tiba-tiba lak Avon kol kan? pape pun, aku pikir, dorang kol maybe sebab nak ingatkan pasal tawaran ke, atau kumpul sehingga berapa jualan, dapat free gift. so aku pun angkat panggilan tu.

di hujung talian, seorang staf Avon mengenalkan dirinya dan mengenalkan diri aku sekali (maksudnya dia sebut nama penuh aku). errr...aku pun mengiyakan saja. kemudian dia mula bertanya tentang perkhidmatan Avon tempat dia bekerja. aku jadi terkejut! 'apesal lak ni?' dalam hatiku.

mungkin tahu kebingungan aku, maka staf tu memberitahu yang dia telah membaca post blogku tentang perkhidmatan Avon yang buat aku hampir meletup dahulu. aku terlopong dibuatnya! masakan tidak? sebesar-besar dan unlimited jaringan internet ni, staf tu boleh terbaca blog aku! mak aih! automatik aku meminta maaf kepadanya dan menerangkan yang aku tak punya niat untuk memburuk-burukkan butik kecantikan itu. cuma aku meluahkan apa yang terbuku dan yang aku kesali perkara sebegitu berlaku. dia juga turut meminta maaf dan kesal dengan 'penantian penuh kesabaran' aku itu.

tak habis kaget aku, staf tu bertanya siapa staf yang aku katakan (yang pasti bukan staf yang kol aku tu). aku pun mula bercerita dari A-Z. dia kemudian meminta maaf lagi kepadaku. aku jadi kesal pula memaparkan post sebegitu namun dia kata itu bukan salah aku dan dia faham perasaan aku ketika itu. walau bagaimana pun aku masih tetap segan dibuatnya. tak pasal-pasal ada staf Avon yang membaca blogku :P

sekarang tiba giliran aku pula menyoal siasat bagaimana dia boleh 'ketemu' dengan blogku yang kerdil ini. dia tidak memberitahu dan berkata 'adala...'. huhuhuhu...tu dia! biarlah rahsia plak! aku syak mungkin staf tu menaip perkataan Avon di search engine atau meninjau-ninjau blog di laman web (maybe dia ada blog) dan akhirnya terjumpa blog aku. maka secara otomatiknya mulut ku berkata, 'keciknyer jaringan web'. selalunya orang sebut 'keciknyer dunia', tapi aku sebaliknya. hahahaha!

setelah itu, dia berjanji jika aku datang ke butik Avon lagi, dia akan memberi cenderahati sebagai tanda minta maaf kepadaku bagi pihak Avon. aku kata tak perlu. benda sudah lama berlalu dan aku tak simpan dalam hati lagi. sebenarnya kebetulan, memang minggu tu menguji kesabaranku (minggu tu aku paling panas baran seumur hidupku kerana banyak hal merunsingkan aku). bayangkan meeting group yang sepatutnya aku hadir, tapi aku dikecualikan gara-gara kawan-kawanku risau aku 'terlalak' lak dalam meeting tu nanti. alih-alihnya aku yang rasa bersalah tapi syukur kerana mereka memahamiku. semuanya gara-gara aku dah sound dorang terlebih dahulu, jangan buat lawak bodoh masa dalam meeting nanti dan terus buat kerja. gila betul aku masa tu. pengajaran...pengajaran!

last week aku pergi ke butik Avon kerana tempahan pelangganku dan sebab aku nak on kempen baru. aku tengok tak ramai orang sewaktu hendak pulang (sebelum tu aku g makan kat KFC, beli barang kat Sri Kota). masuk je ke butik tu, memang boleh dapat tempat duduk la. aku dapat tempat duduk kanan aku sekali. staf ni ok dan aku penah berurusan dengan dia. rupanya sebaya aku. dia pun melayanku seadanya. siap sembang lagi. staf di sebelah dia, memang aku dah bese so join sembang sekali sambil dia melayan pelanggan. aku nampak dia memasukkan sesuatu ke dalam beg plastik Avon ku dan aku tau itu gift yang dimaksudkan. aku pun berterima kasih kepada dia kerana dia pun tau tentang post blog aku ni.

setakat ni, butik Avon ni memang tak mengecewakan aku dalam perkhidmatan (ignore pada post yang aku dah publish tu). tersilap barang dan lupa dapat free gift pun dorang layan dengan baik. janji ko bawak resit pembelian ke Avon. kadang-kadang ada gak terpikir nak try mintak sebagai kerja sambilan kat Avon ni, tapi untuk sabtu dan ahad boleh la. isnin-jumaat aku ada klas. lagipun sebab aku tengok macam tak cukup staf je. cian gak. tapi selalu staf yang nak diambil, untuk sepenuh masa. hm...tengokla camne.

tapi sejak aku dapat pulang ke kampung, segala-gala baranku hilang camtu je seperti angin. baru aku sedar, dengan tekanan esemen, hidup dan takde masa nak balik kampung ditambah dengan mozilla yang asyik crash je, membuatkan aku mengumpul segala kemarahanku di dalam hati (aku kan tak suka marah depan-depan). akibatnya blog aku ni la tempat aku meluahkan perasaan.

lepas dapat je balik kampung, baru la aku tenang seperti biasa...alhamdulillah...

p/s : pada staf Avon yang membaca blog aku ni, terima kasih banyak-banyak dan aku meminta maaf atas post terdahulu. pape korang the best la! (^_^) gambar-gambar tu ialah gift yang aku dapat-britney beauty bag

Raya! Raya? Raya... (Rabu 23 September 2009)






raya keempat, kami kembali semula ke kampung untuk 'mengutip' rumah-rumah saudara mara yang hendak diziarah. kami pergi ke rumah mat kera, opah dah dan opah mah.

rumah-rumah ini adalah rumah yang wajib pergi semasa raya. cuma rumah mat kera tu, kadang kala kami ziarah. pada mulanya kami pergi, kami pelik kerana rumah mereka yang gah itu tiba-tiba hilang dari pandangan. selepas diamat-amat, rupanya rumah kayu yang berdiri gagah selama ini di tepi jalan, telah ditukar kepada rumah batu satu tingkat.

mula-mula ragu juga di hati, betul ke tidak itu rumah mat kera. tapi bila melihat seisi rumahnya, kami lega. dan setiap kali aku datang, pasti akan ada yang berkata, 'betul-betul ikut arwah buyanya...tengok dia je, ingat la pak ngah'. aku jadi malu sebab mereka melihat aku, seperti melihat arwah ayahku. bagaimanapun, bagi aku itu adalah suatu kebanggaan kerana aku cukup mengagumi arwah ayahku itu :)

selesai di rumah mat kera, kami bergerak ke umah opah mah dan opah dah. kami berbual lebih kurang. hampir sejam, kami pun meminta diri.

p/s: dari hari khamis sehinggalah ahad, aku dah tak berapa ingat ke mana kami beraya. tapi yang pasti ada urusan abang razi dan umie yang mereka selesaikan. termasuklah pegi avon, kenduri kawin dan sebagainya.

Saturday, October 10, 2009

Raya! Raya? Raya... (Selasa 22 September 2009)


raya ketiga kami semua bersepakat untuk pergi menziarahi saudara umie, iaitu kak faizah. dia ni kalau tak silap aku, sepupu umie. tapi aku tak berapa tau sepupu yang macam mana. yang aku tahu, dia pernah menolong umie menjaga abg rudin sewaktu kecil.

ketika dalam perjalanan, segalanya indah apabila memori kami terimbas kembali ketika zaman kanak-kanak kami 3 beradik. melihat the lost world of tambun sahaja sudah cukup menunjukkan betapa tambun sudah mengalami perubahan.

kami tercari-cari rumah kak faizah namun disebabkan perumahannya itu adalah perumahan baru, maka kami hanyut ke taman lain. setelah menelefon anaknya dan bertemu untuk membawa kami ke rumahnya, ternyata rumah kak faizah tidak jauh dari rumah kami dahulu. hanya perlu belok ke belakang sahaja, kami sudah sampai ke rumahnya.

kami disambut dengan mesra, penuh kerinduan oleh keluarga kak faizah. aku dan keluarga aku kekok dibuatnya kerana begitu mesra mereka menyambut kami.

aku melihat rumah kak faizah. besar dan cantik. rumah teres. akhirnya keluarga ini berpindah juga. sekurang-kurangnya aku dan keluargaku tidak risau lagi akan keselamatan mereka sekeluarga jika mengenangkan kembali rumah lama mereka. rumah dia, aku rasa seperti rumah pak long ku namun bahagian ruang tamu lebih luas lagi.

ketika masuk, aku pelik mengapa banyak makanan terhidang di ruang luar rumah. masuk sahaja ke dapur, aku baru tahu yang kak faizah mengadakan rumah terbuka apabila aku melihat dida dan adiknya sedang memasak nasi di dalam periuk yang besar. aiseh...aku dan mak aku tak berape gemar rumah terbuka sebab tiada masa berbual dengan tuan rumah nanti.

aku pun merakam video menggunakan videocam Samsung ku. anak-anaknya sangat ekstrem sehingga membuatkan aku agak rimas dengan situasi itu. aku sangkakan aku sahaja, namun termasuk ahli keluarga yang lain. aku tak tahu mengapa tapi aku syak kak faizah menceritakan sesuatu tentang kami kepada anak-anaknya. barangkali akibat terlalu memuji kami di hadapan anaknya, membuatkan anaknya terlebih ramah dengan kami.

makanan yang disediakan sedap-sedap belaka. kenyang kami dibuatnya. kami berada di sana dalam waktu yang agak lama juga. setelah berangkat pulang, kami setuju untuk merendek-rendek di kawasan rumah lama kami.

dari dalam kereta, kami lihat rumah asal kami yang telah dicat warna oren dan sudah ditambah keluasannya. melihat rumah jiran-jiran dahulu, kemudian bergerak ke tempat kerja ibuku, hospital tanjung rambutan dan sekolah agama abangku dahulu di sebelah sungai.

aku merakam video tempat-tempat itu sebagai kenangan abang-abangku sewaktu mereka masih kecil. kelihatan mereka merindui tempat mereka membesar dahulu. seronok aku mendengar mereka bercerita. walaupun aku tidak mengalami sepenuhnya pengalaman itu, namun aku dapat membayangkan perasaan mereka ketika itu.

malangnya aku terlupa mengambil video kawasan rumah kami tadi. aku betul-betul terlupa. akhirnya ibu dan abang-abangku tidak kisah jika kami berpatah balik untuk mengambil video kawasan rumah kami dahulu.

setelah berpatah balik, kami terus pulang ke rumah ketika hujan lebat. sebelum itu kami bersinggah ke the lost world of tambun. sengaja mengambil video kawasan itu.

sampai di rumah, melayan kucing-kucing kesayangan kami dan hamster abangku, kami pun merehatkan badan yang letih...

Wednesday, September 30, 2009

Raya! Raya? Raya... (Isnin 21September 2009)






























hohoho! aku nyaris terlupa!

sebelum kami betul-betul pulang ke kampung halaman, umie meminta abang razi supaya bersinggah di masjid untuk solat. insyaallah, masjid itu dipilih untuk melangsungkan upacara pernikahan abang raziku dan sis ziela.

landskap dan reka bentuk masjid ni sangat menarik perhatianku. di sini aku paparkan untuk tatapan umum. aku terlupa nama masjid ini :P

aku rasakan berada di taman kanak-kanak atau sekolah ketika memasuki masjid ini. sebab tu aku tangkap gambar banyak-banyak. menarik kan masjid di sabak bernam ni?

Raya! Raya? Raya... (Isnin 21 September 2009)






raya kedua, kami pergi ke rumah bakal kakak iparku :D, sis ziela. kami berangkat agak lewat dan akibatnya kami sedikit terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas di sana (sabak bernam).

setiba di rumahnya, saudara atau kenalan keluarga sis ziela berangkat pulang. kami disambut dengan penuh keramahan. ibu ziela pula tidak putus-putus memanggil namaku. aku sedikit segan kerana kemesraan yang dilontarkan keluarga mereka.

oleh kerana aku terbiasa singgah di rumah itu, maka aku tidak malu-malu lagi untuk membuka penutup biskut raya di atas meja mereka dan menjamahnya. melihat aku yang tidak tahu malu itu, abang rudinku juga tidak teragak-agak untuk 'join' sekali denganku.

selain biskut raya, kami dihidang dengan hidangan lain (silat lihat gambar). wahhh!!! gilalah! sedap-sedap belaka! tambahan tapai kegemaranku yang sudah lama aku tak jamah. harap-harap jika umie ada masa, dia akan mengajar aku bagaimana membuat tapai :)

lebih kurang sejam kami di sana, kami meminta diri untuk pulang.

aku dan umie tertidur keletihan ketika perjalanan pulang...

Friday, September 25, 2009

Raya! Raya? Raya... (Ahad 20 September 2009)

pusara opah yan


pusara opah bedah

pusara buya

setelah bersolat raya dan salam bermaafan, kami semua bersiap-siap ke pusara di Lekir hampir ke tengahari itu. ramainya mereka yang menziarahi kuburan sanak saudara mereka. atuk yang sedikit pening (mungkin akibat makan makanan semalam atau kerana panas tengahari), menggagahkan dirinya untuk menjenguk pusara opah. biasalah, kasihan kami melihat dia terliur dan terlalu teringin makan hidangan tersebut maka kami biarkan dia dan memantau dia makan ubat-ubatnya.

ketika berjalan pulang ke kereta, kami ditegur sapa oleh kenalan atau sanak saudara, orang kampung yang mengenali atuk. aku memeluk lengan atuk memandangkan dia pening dan aku gusar jika dia pitam.

dari pusara kami ke rumah opah baru ku. semua anak, menantu dan cucunya berkumpul di rumah mereka. kami dijamu dengan pelbagai makanan dari biskut raya sehinggalah ke main course! semuanya aku rasa sehingga perut betul-betul senak. opah dan mak su siti tidak abis-abis menghulurkan aku hidangan satu persatu.








kami kemudiannya pergi ke rumah tok su untuk beraya. kesemua mereka ada termasuklah ibu dan adik mak long. aku tidak menyentuh hidangan yang disediakan memandangkan perutku sudah sarat diiisi ketika di rumah opah tadi. biskut raya juga tidak dapat menarik perhatianku. akhirnya aku hanya minum sahaja.

mak eda tidak sihat kerana kaki kanannya seperti berlubang dan membuatkan dia tidak dapat berdiri dan mengengsot. ini akibat jangkitan kuman pada kakinya itu, yang pada mulanya disangkakan bisul. luka itu telah dibalut oleh doktor. semoga mak eda cepat sembuh...

sebelah petang pula, kami sekeluarga sudah lepak dan berehat di rumah atuk. selain solat zohor dan asar di sana, kami berpeluang mandi di rumah atuk. apa yang paling bestnya, air kolah di rumah atuk sangat sejuk dan mendinginkan tubuh badan kami sehingga kecut jari-jemari.

sedang ada antara kami yang enak dibuai mimpi tiba-tiba, tok chik datang beraya di rumah atuk.kelam kabut kami dibuatnya kerana tiada apa yang boleh dihidang di rumah atuk namun tok chik berkata bahawa dia dan keluarganya hanya singgah sebentar menjenguk atuk. hampir setengah jam, mereka meminta diri untuk pulang. mujur mereka sendiri sudah terlalu kenyang beraya di rumah orang.

15 minit selepas itu, kami pun berangkat pulang...


Thursday, September 24, 2009

Raya! Raya? Raya...(Jumaat 18 September 2009)

aku menolong umie membuat 4 biji kek coklat (abah 2, kami 1, zila 1). walaupun sedikit penat tapi kami gagahkan usaha untuk sekaligus membuat topping kek-kek itu.

aku menukar cadar dan sarung kusyen. abang aku memberi makan kepada kucing-kucingnya.

ada beberapa aktiviti lagi yang dilakukan tetapi aku sendiri pun sudah tak ingat...